Friday, May 21, 2021

Kumpulan 9 : Pengurusan Pelbagai Budaya

4.5 PRINSIP PENDIDIKAN  

•Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang.

•Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.

•Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif

•Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.

4.6 PENDEKATAN PERLAKSANAAN

•Guru menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar.

•Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar.

•Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.

•Pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam bilik darjah

•Pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar.

•Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah berpusatkan pelajar, tidak sesuai apabila menggunakan kaedah kuliah.

•Pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip: penghargaan, empati dan kesamarataan

•Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagi membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.

•Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan ke dalam kurikulum secara formal.

•Pendidikan pelbagai budaya mesti memberi kesan kepada kurikulum di setiap peringkat.

•Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi kebebasan untuk bertanya.

•Memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum lain.

•Pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan masyarakat sebagai sumber.

4.7 CIRI-CIRI GURU BERKESAN

Banks (1989)




Najeemah (2007)



Sekian, terima kasih 😃


PAUTAN AHLI KUMPULAN 9:






No comments:

Post a Comment